Monday, June 23, 2008

SEMINAR MINGGUAN BERKAITAN WASIAT

Salam.

Pihak Syarikat WarisanMUKMIN menganjurkan taklimat mingguan secara PERCUMA berkaitan WASIAT di ibupejabat Shah Alam. Banyak yang akan anda ketahui melalui taklimat tersebut. Sila buat pendaftaran untuk kehadiran di:

http://www.warisanmukmin.com/index.asp?PE080

Saturday, April 5, 2008

TAKLIMAT PERCUMA & PELANJUTAN FAST TRACK PROMOTION!

Salam.

Pihak Warisan Mukmin telah melanjutkan Fast Track Promotion untuk menjadi agen sebagai Perunding Wasiat Amanahraya sehingga 30 Jun 2008.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai dengan komisyen yang lumayan, bonus dan faedah2 yang menarik. Caranya mudah dan anda juga akan mendapat dokumen wasiat Amanahraya untuk diri sendiri. Sertai sekarang juga!

Taklimat PERCUMA diadakan seminggu sekali [Sabtu pagi]tentang industri ini dan peluang bisnes wasiat ini di Ibupejabat kami di Shah Alam. SMS nama anda ke 016-2379875 jika berminat untuk menghadiri taklimat tersebut untuk mendapatkan no. KOD jemputan dan pengesahan hari & waktu taklimat.

Rohana.

Sunday, March 30, 2008

Pendaftaran sebagai Perunding Wasiat Profesional Amanah Raya

Salam.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi Perunding Wasiat Profesional Amanah Raya, sila emel ke rohana.wmsb@gmail.com atau SMS ke 016-2379875 maklumat tentang diri anda untuk tujuan pendaftaran sebagai Perunding Wasiat Profesional Amanah Raya.

1. Kategori Keahlian yang dipilih samada-Perunding Eksekutif, Pengurus Kumpulan, Wakil atauRakan Bersekutu

2. Nama Penuh.
3. No. I/C lama & baru
4. No. Tel: Rumah, Pejabat & Faks, H/P
5. Tempat & Tarikh Lahir
6. No. Akaun Bank, Jenis Akaun, Nama & Alamat Bank.
7. Adakah pernah menjadi perunding/agen/wakil: Insuran/Takaful, Unit Amanh, Zakat, wakaf, haji, pengurusan pusaka.

-Rohana -

Tawaran Menjadi Perunding Wasiat Profesional AmanahRaya

Salam.
Tawaran daripada Warisan MUKMIN Sdn Bhd:
Peluang menjadi Perunding Wasiat Profesional*

(* Pengiktirafan sebagai Perunding Wasiat oleh Amanah Raya Berhad)
- Tidak perlu peperiksaan. Hanya sertai program ini & latihan akan diberi.
Anda kini berpeluang untuk menjadi Perunding Profesional dan Bertauliah untuk memasarkan produk Wasiat AmanahRaya (ARB) untuk Wasiat Islam dan Bukan-Islam melalui satu program keusahawanan dalam bidang penulisan Wasiat iaitu "Program Bisnes Wasiat AmanahRaya".
Antara objektif program ini ialah untuk membuka peluang kepada orang ramai khususnya individu Muslim menceburi bidang penulisan Wasiat sebagai satu kerjaya murni yang bukan sahaja merupakan satu usaha dakwah, malah ia juga dapat memberikan pulangan yang lumayan.
Dengan kewujudan lebih ramai para perunding wasiat profesional di kalangan umat Islam melalui program ini, diharapkan akan dapat menggalakkan lebih ramai lagi umat Islam yang melaksanakan perancangan harta melalui penulisan wasiat sebagai suatu kaedah mudah dan berkesan bagi mengelakkan daripada berlakunya pembekuan harta.
Apa yang paling menarik mengenai program ini ialah ia disokong penuh oleh AmanahRaya (ARB) sebagai Prinsipal Utama.
Kenapa anda perlu memilih kerjaya usahawan sekarang dan mengapa pula AmanahRaya sebagai rakan perniagaan anda?
Kita semua sedia maklum bahawa inilah di antara matlamat utama kerajaan kita pada masa kini yang ingin melihat lebih ramai lagi yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Jadikanlah keusahawanan sebagai satu kerjaya paling menyeronokkan dan memberikan pulangan lumayan kerana 9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan. Kepada anda yang telah bergelar usahawan - TAHNIAH kami ucapkan! Teruskan usaha anda.
Bagi anda yang belum dan sedang bercadang-cadang serta mencari-cari peluang-peluang bisnes yang terbaik atau para usahawan yang ingin mempelbagaikan bisnes anda, program bisnes wasiat ini mungkin suatu yang menarik dan bersesuaian dengan anda. Dan syarikat rakan niaga manakah yang menjadi pilihan anda? Jika ya, teruskan membaca laman ini untuk anda melihat dengan lebih jauh mengenai potensi yang ada di dalam bisnes anda.

SIAPAKAH AMANAHRAYA?
Boleh kata kebanyakan orang pernah mendengar namanya. Tapi mungkin ramai yang tidak mengenalinya dengan lebih dekat. Berikut dinyatakan serba ringkas mengenai AmanahRaya atau nama penuhnya Amanah Raya Berhad.
Amanah Raya Berhad dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka telah ditubuhkan sejak tahun 1921 dan dikorporatkan pada 1 Ogos 1995 di bawah Akta Syarikat 1965. AmanahRaya adalah syarikat milik penuh Kerajaan dengan pegangan saham oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).
Berbekalkan pengalaman dan kepakaran selama lebih 86 tahun dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat, AmanahRaya kini muncul sebagai syarikat pengamanahan dan pewarisan utama yang mampu mengurus aset secara profesional. Selain daripada pengamanahan korporat, AmanahRaya menawarkan pelbagai pekhidmatan yang meliputi: Pentadbiran Harta Pusaka berwasiat dan tidak berwasiat, penulisan, penyimpanan dan perlaksanaan Wasiat serta pengurusan pelbagai Akaun Amanah bagi kepentingan benefisiari tertentu mengikut hasrat pelanggan. Perkhidmatan yang disediakan oleh AmanahRaya sentiasa memberi jaminan kewangan yang optimum kepada semua benifisiari serta ahli waris yang berhak.

Bagi menyahut cabaran masakini yang lebih mencabar, kini AmanahRaya mempunyai wajah baru. Selaras dengan wajah barunya ini, kita dapat melihat AmanahRaya kini menjadi lebih bersifat terbuka, telus dan lebih pro-aktif dalam memenuhi dan melindungi kehendak serta kepentingan masyarakat. Program Bisnes Wasiat Islam ini merupakan salah satu inisiatif terkini AmanahRaya dalam menangani permasalahan pentadbiran pusaka umat Islam masakini dengan melibatkan penyertaan secara langsung di kalangan masyarakat itu sendiri, di samping dapat menyediakan peluang-peluang keusahawanan di dalam bidang pewarisan ini.
PERMASALAHAN HARTA PUSAKAUMAT ISLAM DI MALAYSIA MASAKINI


TAHUKAH ANDA?

Terdapat lebih daripada 1 juta kes tuntutan harta pusaka tertunggak di Mahkamah dengan nilai komersil kini mencecah sebanyak RM40 BILION yang mana 90% daripadanya merupakan harta orang Islam. Keadaan ini mengakibatkan ekonomi masyarakat Islam tidak dapat dibangun dan dimajukan secara berkesan.
Masalah ini timbul berpunca dari ketidakfahaman masyarakat Islam berkaitan Hukum Faraid, Fungsi Wasiat Islam dan Pentadbiran Pusaka di Malaysia. Bagi umat Islam, isu harta peninggalan seperti Hartanah, KWSP, Akaun Simpanan Bank, ASB, Tabung Haji, Insuran, Takaful, Syer Syarikat, Harta Sepencarian dan banyak lagi, semuanya memerlukan WASIAT ISLAM bagi memastikan pengagihan harta kepada waris yang berhak dibuat mengikut syariat Islam dan dalam tempoh waktu yang cepat dan cekap. Tanpa wasiat, tempoh waktu yang diambil untuk menyelesaikan pengagihan harta tersebut adalah secara puratanya di antara 1½ tahun hingga 5 tahun berbanding tempoh purata di antara 3 hingga 8 bulan sahaja jika mempunyai wasiat.
APA ITU WASIAT ?

PENGERTIAN WASIAT
Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.
DALIL WASIAT
Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.
Dalam Al-Quran, ALLAH berfirman:
(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh simati dan sesudah dibayarkan hutangnya.
- Surah Al-Baqarah: 180

Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya.
- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap seorang Muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana.
Rasulullah s.a.w. turut besabda:
Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.
- Hadis riwayat Ibnu Majah
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.
- Hadis riwayat Ibnu Majah


TIGA SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI DOKUMEN WASIAT
Terdapat begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki dokumen wasiat, namun terdapat tiga sebab utama yang seharusnya diberi perhatian berat khususnya bagi seseorang Muslim Mukmin.

1. MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA
Apabila berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta simati akan dibekukan. Dengan memiliki dokumen wasiat, proses untuk mendapatkan Geran Probet (surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi yang telah dinamakan di dalam wasiat lebih mudah dan cepat. Lebih lengkap dokumen wasiat (seperti penyenaraian harta, hutang, harta sepencarian dsbnya) maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka dapat diselesaikan.
Secara umumnya, tempoh penyelesaian pusaka dengan adanya wasiat ialah di antara 4 – 12 bulan berbanding di antara 2 – 5 tahun (atau lebih) tanpa dokumen wasiat. Lebih lama proses penyelesaian, maka selama itulah juga kesengsaraan yang akan dirasai oleh waris-waris yang kita tinggalkan.

2. MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN
Pada zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang, ada yang banyak, ada yang sedikit. Berhutang atau meminjam untuk keperluan adalah dibenarkan dalam Islam, namun Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang, walaupun selepas kematian.
Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah saw:
Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).
- Hadis riwayat At-Tabrani

Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:
Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.
- Hadis riwayat Muslim
Oleh itu, salah satu daripada keperluan dokumen wasiat ialah untuk anda menyenaraikan dengan lengkap segala jenis harta dan tanggungan hutang anda supaya dapat diuruskan dengan licin dan sempurna oleh waris-waris anda. Ini bermakna dokumen wasiat merupakan satu dokumen yang teramat penting untuk anda miliki kerana dokumen wasiat inilah yang akan menjadi sumber rujukan utama mengenai harta dan tanggungan anda selepas ketiadaan anda kelak.

3. MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT
- untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)
- untuk diri anda (yang pasti akan mati!)
a) Menyempurnakan HAK (waris yang ditinggalkan)
Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

b) Menyempurnakan HASRAT (pahala berkekalan)
Di samping hak-hak yang memang telah termaktub dalam hukum, kita juga boleh menyempurnakan hasrat dan niat murni kita yang lain khususnya untuk TUJUAN KEBAJIKAN. Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan seperti waris terdinding, cucu yang kematian ayah, anak angkat, ibu bapa angkat, ahli keluarga asal muallaf yang masih tidak beragama Islam dan sebagainya (terhad 1/3 daripada pusaka bersih).
Begitu juga niat untuk menginfaqkan harta melalui amalan sedekah jariah dan berwaqaf untuk manfaat ummah dan ganjaran pahala yang berkekalan sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
- Hadis riwayat Muslim

TAHUKAH ANDA?

Wasiat Boleh:
Menghalang Pembekuan Harta Pusaka
Mempercepatkan Proses Penyelesaian Pusaka
Faedah Lain:
Perlantikan AmanahRaya sebagai Wasi dan pemegang Amanah
Menjamin Penyempurnaan Tanggungan Pusaka - Hutang (Allah & Manusia), Zakat, Haji, Nazar dll.
Mengelak Penyelewengan & Persengketaan Ahli-Ahli Waris
Membela Mereka Yang Memerlukan seperti Waris Yang Terhalang, Anak Angkat, Mereka Yang Anda Sayangi Tetapi Tiada Dalam Senarai Penerima Faraid
Beramal Jariah Melalui Wakaf Harta
Melaksanakan Perancangan Pewarisan Perniagaan
Dan Banyak Lagi...
PENULISAN WASIAT SEBAGAI BISNES
- USAHAWAN & DAKWAH -

Baru-baru ini pihak AmanahRaya telah mengambil langkah pro-aktif dengan mewujudkan satu program keusahawanan sama seperti di dalam industri takaful dan unit trust, di mana AmanahRaya kini membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk membina kerjaya sebagai Perunding Wasiat Profesional dan Bertauliah AmanahRaya melalui Ejen-Ejen Korporat yang dilantik seperti Warisan MUKMIN Sdn Bhd.


POTENSI PASARAN

Oleh kerana bidang penulisan wasiat ini masih amat baru khususnya di kalangan masyarakat Melayu Islam di negara ini, maka pasaran untuk diterokai adalah teramat luas. Berdasarkan statistik semasa, setakat ke hari ini hanya terdapat sebanyak 100,000 wasiat ditulis di Malaysia berbanding lebih daripada 10 juta orang dewasa yang berpotensi untuk menulis wasiat. Daripada jumlah wasiat yang ditulis tersebut hanya 20% sahaja ditulis oleh orang Melayu/Islam.

Ini bermakna kini hanya baru 1% orang yang menulis wasiat, iaitu terdapat lebih daripada 99% lagi pasaran berpotensi yang belum diterokai.


TAHAP KEAHLIAN PERUNDING

WarisanMUKMIN kini menawarkan tiga pakej keahlian untuk dipenuhi:
Tahap 1 - Perunding Eksekutif
Tahap 2 - Pengurus Kumpulan
Tahap 3 - Wakil
Tahap 4- Rakan Bersekutu


Tahap 1: PERUNDING EKSEKUTIF

Perunding Eksekutif (PE) merupakan tahap tertinggi dalam hiraki keahlian WarisanMUKMIN Beliau akan diberi hak dan keistimewaan untuk memiliki perniagaan sendiri dengan membuka dan mengendalikan outlet "Pusat Khidmat Muamalat" di seluruh negara bagi menawarkan perkhidmatan bersepadu dalam bidang Pengurusan Kewangan Keluarga berasaskan Syariah kepada orangramai.


PENGAMBILAN TERHAD - MASIH DIBUKA*!

Tawaran kini dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas serta berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma atau setaraf dengannya untuk menjadi Perunding Eksekutif kami di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara.


Jangan Lepaskan Peluang Keemasan ini!

Bilangan Perunding Eksekutif (Pioneer) Yang Diperlukan Adalah Terhad!

Kami memerlukan hanya 180 PERUNDING EKSEKUTIF
(berstatus "Pioneer")
di seluruh negara.

Cepat Sebelum Kehabisan Kuota!


Tinggal 93* Kekosongan sahaja lagi
( *bilangan Perunding Eksekutif sehingga 25/3/2008 )


Antara kawasan-kawasan strategik yang belum dipenuhi:
Johor Bahru, Seremban, Gombak, Ampang, Selayang, Wangsa Maju, Segambut, Titiwangsa, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Ipoh, Alor Setar, Sungai Petani, Kubang Pasu, Butterworth, Kuching, Kota Kinabalu, dan beberapa kawasan lagi

Rebutlah peluang menjadi
Perunding Eksekutif berstatus "Pioneer"
Banyak Kelebihannya...


Tawaran dibuka sehingga 31/3/2008 sahaja!
(*tertakluk kepada kawasan yang belum mempunyai Perunding Eksekutif)

Cepat Sebelum Kawasan Pilihan Anda Dipenuhi!


Keistimewaan Perunding Eksekutif:
Mendapat hak yang diiktiraf Warisan MUKMIN Sdn Bhd menjalankan perniagaan menggunakan jenama, logo & Cap Dagangan "WarisanMUKMIN"
Mendapat hak untuk mengendalikan rangkaian "Pusat Khidmat Muamalat" di lokasi-lokasi berpotensi di seluruh negara bagi menawarkan perkhidmatan yang luas, lengkap dan bersepadu dalam bidang Pengurusan Muamalat Islam merangkumi:
- Pelan Pewarisan - Faraid, Wasiat, Hibah, Wakaf, Pusaka
- Pelan Penyucian - Zakat, Wakaf, Sadaqah Jariah, Haji, Umrah
- Pelan Pelaburan - Unit Amanah Islam
- Pelan Perlindungan - Takaful
Mendapat hak menggunakan Sistem e-Muamalat milik WarisanMUKMIN merangkumi
e-Faraid, e-Wasiyyah, e-Zakat, e-Wakaf
Khidmat Sokongan Pemasaran daripada Syarikat
Pakej Komisen Tertinggi
Berkelayakan Melantik Pengurus Kumpulan dan Wakil
Bonus Tahunan Syarikat (Company's Profit Sharing)

FI KOMITMEN PERUNDING EKSEKUTIF:
Fi Komitmen: RM3,500 + Wasiat Peribadi (Komprehensif): RM350
Jumlah Bayaran: RM3,850

Tawaran Tamat Pada 31/3/2008
Selepas daripada tarikh di atas, Fi ini adalah lebih tinggi.
POTENSI PENDAPATAN PERUNDING EKSEKUTIF:
Commission: 42% untuk setiap dokumen wasiat serta lain-lain faedah seperti insentif dan bonus.


Tahap 2: PENGURUS KUMPULAN

Pengurus Kumpulan (PK) merupakan tahap kedua tertinggi dalam hiraki keahlian WarisanMUKMIN Beliau bertindak sebagai pembantu kepada Perunding Eksekutif.


PENGAMBILAN TERHAD - MASIH DIBUKA!

Tawaran kini dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas serta berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma atau setaraf dengannya untuk menjadi Pengurus Kumpulan sebagai pembantu kepada Perunding Eksekutif kami di seluruh negara. Pengambilan adalah terhad.


Keistimewaan Pengurus Kumpulan:
Mendapat hak yang diiktiraf Warisan MUKMIN Sdn Bhd menjalankan perniagaan menggunakan jenama, logo & Cap Dagangan "WarisanMUKMIN"
Berpeluang menawarkan perkhidmatan yang luas, lengkap dan bersepadu dalam bidang Pengurusan Muamalat Islam merangkumi:
- Pelan Pewarisan - Faraid, Wasiat, Hibah, Wakaf, Pusaka
- Pelan Penyucian - Zakat, Wakaf, Sadaqah Jariah, Haji, Umrah
- Pelan Pelaburan - Unit Amanah Islam
- Pelan Perlindungan - Takaful
Mendapat hak menggunakan Sistem e-Muamalat milik WarisanMUKMIN merangkumi
e-Faraid
Khidmat Sokongan Pemasaran daripada Syarikat
Pakej Komisen Tinggi
Berkelayakan Membina Kumpulan Melalui Perlantikan Wakil

FI KOMITMEN PENGURUS KUMPULAN:
Fi Komitmen: RM1,150 + Wasiat Peribadi (Komprehensif): RM350
Jumlah Bayaran: RM1,500

Tawaran Dilanjutkan Sehingga 31/3/2008
(Selepas tarikh ini, kenaikan pangkat ke P.K. berdasarkan 'performance' sahaja)

POTENSI PENDAPATAN PENGURUS KUMPULAN:
Komisyen: 36% untuk setiap dokumen wasiat serta lain-lain insentif dan bonus.


Tahap 3: WAKIL

Wakil (WL) merupakan tahap paling asas bertaraf Ahli Penuh dalam hiraki keahlian WarisanMUKMIN

Tawaran kini dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas serta berkelulusan sekurang-kurangnya SPM atau setaraf dengannya untuk menjadi Wakil/Ejen bagi menawarkan perkhidmatan Muamalat Islam di seluruh negara.

Keistimewaan Wakil:
Mendapat hak yang diiktiraf Warisan MUKMIN Sdn Bhd menjalankan perniagaan menggunakan jenama, logo & Cap Dagangan "WarisanMUKMIN"
Berpeluang menawarkan perkhidmatan yang luas, lengkap dan bersepadu dalam bidang Pengurusan Muamalat Islam merangkumi:
- Pelan Pewarisan - Faraid, Wasiat, Hibah, Wakaf, Pusaka
- Pelan Penyucian - Zakat, Wakaf, Sadaqah Jariah, Haji, Umrah
- Pelan Pelaburan - Unit Amanah Islam
- Pelan Perlindungan - Takaful
Khidmat Sokongan Pemasaran daripada Syarikat
Pakej Komisen Menarik

FI KOMITMEN WAKIL :
Fi Komitmen: RM150 + Wasiat Peribadi (Komprehensif): RM350
Jumlah Bayaran: RM500


POTENSI PENDAPATAN WAKIL:
Komisyen: 30% untuk setiap dokumen wasiat dan lain-lain faedah seperti bonus dan insentif.


Secara Umumnya,
Kelebihan Menjadi Perunding Wasiat:
Meningkatkan ilmu pengetahuan melalui Siri Latihan dan Kursus mengenai pewarisan harta - faraid, wasiat, hibah, pengamanahan, pewarisan perniagaan, pentadbiran harta pusaka
Memiliki dokumen Wasiat Peribadi
Pakej Komisen Yang Menarik
Insentif Pengenal
Penghargaan dan Anugerah 2008
Insentif Umrah & Pelancongan
Subsidi Kursus Profesional
Khidmat Sokongan Berterusan - Syariah & Guaman
Melakukan Kerjaya Mulia
TAHAP 4: Rakan Bersekutu
Daftar secara PERCUMA sahaja .
POTENSI PENDAPATAN UNTUK RAKAN BERSEKUTU
Komisyen 10% untuk setiap dokumen wasiat dan lain-lain faedah.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama Team WarisanMUKMIN.
Tawaran Ini Terbuka Kepada Muslim & Non-Muslim
Potensi pendapatan 5 angka atau tanpa had
Sepenuh Masa atau Sambilan.
-Warisan MUKMIN Sdn. Bhd.-

Thursday, March 27, 2008

Majlis Pelancaran Warisan MUKMIN

Salam.

Jemput datang beramai-ramai ke Pusat Kesenian Islam di Shah Alam [berdekatan Masjid Shah Alam] pada 12 April 2008, jam 9am-1.30pm untuk bersama-sama menjayakan majlis pelancaran Warisan MUKMIN. Oleh itu tarikh 5 April 2008 yang sebelum ini dirancangkan dibatalkan.

Jumpa kami team Warisan Mukmin di sana. Jangan lupa membawa sekali KOD PE 080 jika diperlukan disana nanti. Saya harap dapat berjumpa anda semua di sana nanti.

Rohana.

Wednesday, March 26, 2008

DAFTAR SEGERA SEBAGAI AGEN SEBELUM 31 MAC 2008

Salam.

Tinggal beberapa hari lagi untuk daftar sebagai agen untuk fast-track promotion . Tarikh tamat ialah 31st. March 2008. Selepas ini syarat akan lebih ketat contohnya kena lulus peperiksaan-sekarang ini tak perlu peperiksaan] dan yuran akan lebih tinggi.

Tiada risiko, daftar sekurang-kurangnya sebagai Rakan Bersekutu pada tempoh ini dan anda tak perlu membayar apa-apa jua kos dan anda boleh mendapat komisyen 10% untuk setiap Wasiat Amanah Raya yang anda sediakan.

Mereka yang pada masa yang sama hendak buat wasiat, saya cadangkan sekurang-kurangnya jadilah WAKIL dengan harga RM500 sebab harga tersebut sudah termasuk harga Wasiat untuk diri sendiri dan pada masa yang sama anda boleh menikmati pelbagai faedah seperti komisyen 30% untuk setiap Dokumen Wasiat yang disediakan, insentif kumpulan, bonus dan sebagainya.

Anda boleh daftar ON-LINE di Warisan Mukmin dengan KOD PE 080 atau terus menghubungi saya .

Untuk pengumuman, Warisan Mukmin akan membuat pelancaran pada 5 April 2008 di media massa.

Jangan Lepaskan Peluang.

Rohana.

Saturday, March 22, 2008

Jadilah Perunding Wasiat Hari ini Tanpa KOS.

Salam

Sebenarnya anda boleh menjadi Perunding Wasiat Amanah Raya dengan tiada kos iaitu dengan PERCUMA sahaja. Caranya dengan mendaftar keahlian sebagai Rakan Bersekutu.

Anda sudah boleh terus menjalankan promosi dan perniagaan anda.

Jangan lepaskan peluang. Warisan MUKMIN akan membuat pelancaran dan mempromosikan jenama Warisan MUKMIN secara besar-besaran di media di dalam bulan Apri 2008. Jadilah agen di tempat anda dan dimana jua.

Pasaran Wasiat ARB ini bukan setakat rakyat Malaysia malahan juga boleh kepada foreigners dan korporat.


Wassalam.